Monday, 28 July 2008

SKOP KAJIAN

n      Memberi tumpuan dan gambaran jelas bagi membuktikan bagaimana sesuatu aliran proses kerja-kerja penilaian dapat disiapkan dengan lebih mudah dan pantas dengan penggunaan teknologi komputer dan networking.


 


n      Selari dengan tindakan pihak JUPEM yang tidak akan  mengeluarkan syit piawai dalam bentuk manual pada masa hadapan tetapi akan mengeluarkannya dalam bentuk peta digital (digital map).


 


n      Lebih memfokuskan proses kerja dalam mempercepatkan kes-kes penilaian bagi tanah pertanan.


 


 


Berikut adalah Data-data yang melibatkan pindahmilik tanah pertanian di cawangan Negeri Johor. Skop kajian bermula daripada tahun 2004 hingga tahun 2007


 


 


































TAHUN



2004



2005



2006



2007



Jumlah p/milik keseluruhan



51,930



44,005



40,440



47,917



Jumlah p/milik tanah pertanian



9,984



9,398



10,018



11,656



Peratus



19%



21%



25%



24%



 


Sumber : Statistik pindahmilik yang dirujuk ke JPPH Negeri Johor


 


Berdasarkan data pindahmilik di atas di dapati transaksi harta tanah


Pertanian merangkumi antara 19% hingga 25% dari keseluruhan transaksi. Ianya menunjukkan peningkatan di sekitar tahun 2004 hingga 2007. (Sila rujuk graf dibawah)


 


Gambarajah : Graf menunjukkan pindahmilik tanah pertanian Negeri Johor


 


 


Sehubungan dengan saranan PEMUDAH, kami akan memfokuskan penggunaan ICT bagi membantu mempercepatkan kerja-kerja penilaian bagi tanah pertanian.

OBJEKTIF

1.         Penambahbaikan program Jabatan di dalam pengkomputeran dan aplikasi yang diperlukan.


 


2.         Mempertingkatkan kemahiran komputer khususnya ICT di kalangan Penolong Pegawai Penilaian.


 


3.         Mempercepatkan kerja-kerja penilaian selaras dengan Piagam Pelanggan dan objektif Jabatan untuk meningkatkan penggunaan teknologi maklumat.


 


4.         Memudahkan dan mempercepatkan proses pungutan data-data untuk tujuan LPH.


 


5.         Mengurangkan penggunaan ruang pejabat bagi penyimpanan data seperti Fail kawalan dan syit-syit piawai, semua maklumat boleh disimpan secara soft copy.


 


6.         Kerja peta dan kerja penilaian dibuat dengan cepat

LATARBELAKANG KAJIAN

Berdasarkan proses kerja konvesional, penggunaan Syit Piawai dalam menentukan lokasi dan mengenalpasti lot-lot perbandingan adalah sistem amalan biasa secara rasmi berdasarkan arahan pengurusan peringkat jabatan.


 


            Dalam menjalankan proses kerja ini adakalanya Syit piawai koyak, tidak jelas disebabkan penggunaan yang berulang oleh pegawai teknikal, penandaan satu-satu lot kes yang kecil dan berulang oleh Pelukis Pelan akan mencacatkan penandaan dan pencarian yang kurang tepat dan jelas.


 


            Penggunaan yang terhad pada satu-satu masa oleh pelukis pelan untuk penandaan kes dan pegawai teknikal khususnya mencari lot-lot perbandingan serta membuat pelan lokasi dan perbandingan bagi kes-kes tanah pertanian dan pembangunan.


 


            Antara faktor menyumbang proses kerja mengambil masa dan lambat disiapkan.

PENGENALAN

Kertas kerja ini mewakili keseluruhan JPPH JOHOR yang merangkumi kawasan Johor Bahru, Batu Pahat, Kluang, Segamat dan Muar.


 


Berdasarkan Surat Arahan  Ketua Setiausaha Negara bertajuk ‘Komitmen Perkhidmatan Awam Malaysia – 2008, sebuah Jawatankuasa Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) ditubuhkan pada 07.02.2007. Ianya Menggabungkan wakil-wakil pihak kerajaan dan swasta bagi tujuan mempertingkatkan lagi mutu sistem penyampaian Kerajaan dalam usaha untuk mempermudahkan tatacara melakukan perniagaan di Malaysia.


 


Saranan PEMUDAH dalam konteks bidang kerja jabatan ini adalah untuk mengurangkan masa memproses kes-kes Duti Setem pindahmilik tanah

Kertas Cadangan FKTc

PENGENALAN


LATARBELAKANG KAJIAN


OBJEKTIF


SKOP KAJIAN


PROSES KERJA PENILAIAN SECARA MANUAL


MASALAH KERJA SECARA MANUAL


METODOLOGI DICADANGKAN


HUBUNGAN GIS DENGAN PENGKALAN DATA


BAGAIMANA GIS MEMBANTU


LANGKAH AWAL PENGUMPULAN DATA


BILIK PELAN (Home Page)


CARIAN LOT ATAU PA SECARA ON LINE DI JUPEM


PROSES CARIAN DI MUKIM LOT


KELEBIHAN PENGGUNAAN GIS


 RUMUSAN



 

 

KERTAS KERJA  CADANGAN DISEDIAKAN OLEH:


JPPH BATU PAHAT


NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM