Monday, 28 July 2008

LANGKAH AWAL PENGUMPULAN DATA


n      Usaha membangunkan program ini adalah sebagai langkah awal dalam pengumpulan data-data berkomputer dalam sistem GIS secara konsistan.


 


n      Pada umumnya untuk membangunkan program yang lebih menyeluruh dalam proses kerja ini, ia memerlukan khidmat pakar pengisian program komputer akan melibat kos yang amat tinggi serta proses pengumpulan dan pengisian semula data-data yang akan mengambil masa.


 


 


Langkah-langkah  untuk membangunkan Sistem GIS


 


1.         Membina folder utama dan rangkaian-rangkaian folder mengikut spefikasi yang diperlukan.


 


2.         Menyediakan Layer-layer Pelan-pelan kadastra mengikut tahun


           


3.         Melatih dalam sistem pencarian lot yang tersedia oleh JUPEM mengikut kod-kod JUPEM.


 


4.         Berpengetahuan dalam menggunakan aplikasi asas Map Info seperti membuka layer.


 


5.         Menukarkan data GIS kepada Workspace bagi memelihara data dari segi keselamatan data yang tersimpan.


 


6.         Membuat back up data ke Hard Disk Kedua atau ketiga bagi menjamin keselamatan data.


 


7.         Pelukis pelan juga boleh membuat penandaan kes dan memasukkan lot-lot baru yang belum disediakan oleh JUPEM dalam layer lot-lot baru.


 


8.         Layer-layer yang diperlukan boleh dibuka dalam paparan satu window.


 


9.         Laman Utama (Home page) dari bilik pelan yang dibina secara rangkaian (Sistem networking) dan dapat dihubungkan kebahagian lain pegawai-pegawai teknikal.


 


           


10.       Membina password untuk membuka senarai pelan laporan serta menyembunyikan folder pelan-pelan laporan (secara dihilangkan / hidden) bagi menjamin keselamatan laporan-laporan sulit nilaian.


 


 


11.       Menyediakan template mengikut ASP (Amalan Standart Penilaian) beserta page set up saiz pelan laporan bagi kemudahan cetakan (print).


 


 


12.       Mendapatkan data-data GIS (data digital kadastra) kemaskini setiap penghujung tahun dari pihak JUPEM


 




 




 


 

HUBUNGAN GIS DENGAN PENGKALAN DATA

Pengkalan data merupakan komponen penting dalam GIS. GIS merangkumi dua model data iaitu atribut dan model data ruangan. Tanpa pengkalan data, sesuatu GIS adalah tidak bermakna. GIS mampu menjawab dua soalan tentang

“apa dan dimana”.merujuk kepada data atribut tentang sesuatu objek ruangan geografi yang disimpan dalam pengkalan data.          

“Di mana” merujuk kepada lokasi dalam peta suatu data atribut yang dirujuk. 

 

Rujuk Gambarajah.

 

 

 

 

 



 

 

 


Jadual Atribut





 

Gambarajah di atas memaparkan senarai data/maklumat dalam bentuk jadual ‘atribut’ yang telah diwujudkan/dimasukkan ke dalam Map Info yang dapat menerangkan “apa” iaitu maklumat yang diperlukan seperti data lot, luas, tarikh nilaian, balasan, analisa, bahagian dan lain-lain data juga dapat ditambah dengan mewujudkan lapangan

 


Model Hasil Data Ruangan


 








Gambarajah diatas menunjukkan ‘model data ruangan’ yang telah tercipta hasil daripada pengwujudan ‘data atribute’ pada gambarajah di atas. Ia dapat menerangkan ‘di mana’ iaitu data-data atribute itu digambarkan dalam bentuk peta atau lebih tepat lagi adalah lokasi


 




METODOLOGI DICADANGKAN

Penggunaan Sistem Maklumat GeografI (GIS)


Secara ringkasnya Sistem Maklumat Geografi Informatian System (GIS) telah dibangunkan dan merupakan sistem maklumat yang berkeupayaan untuk memasukkan, mengurus, mengolah, menganalisis dan sering dikaitkan dengan data berbentuk peta/pelan yang berkaitan dengan geografi atau ruangan secara lengkap.


 


Sistem ini memerlukan perisian, perkakasan, pengkalan data, prosidur dan kemahiran kakitangan yang mengguna dan mengurus maklumat. Rujuk gambarajah dibawah.


 



 


Salah satu kelebihan sistem GIS berbanding dengan sistem berkomputer yang lain adalah keupayaannya dalam menghasilkan paparan maklumat dengan menggabungkan antara pengkalan data berbentuk reruang spatial dengan pengkalan data teks/atribut.


 


Sesungguhnya, pengkalan data sama ada data ruangan atau data bukan ruangan merupakan nadi kepada GIS kerana tanpa data GIS adalah tidak berguna.                      


 


Oleh itu data yang ada pada pangkalan data mesti dikemaskini, bersih dan tepat. Keupayaan ini memberi kelebihan kepada sistem GIS dalam menggambarkan maklumat yang lebih baik, mudah difahami dan terperinci penggunaannya.


 


Sistem Informasi berdasarkan Pemetaan dan Geografi Teknologi GIS beroperasi dalam pengolahan data berdasarkan database yang biasa digunakan pada saat ini, peta dengan GIS jauh lebih fleksibel, bahkan berbanding dengan menggambar peta secara manual.


 


Peta-peta kemudian boleh diciptakan terpusat dipelbagai lokasi dalam pelbagai skala, dan menunjukkan informasi terpilih, yang mencerminkan secara efektif untuk menjelaskan suatu kriteria khusus.

MASALAH KERJA SECARA MANUAL

Masalah teknikal dalam proses kerja secara manual ini merangkumi kepada dua bahagian:


1.         Proses mencari lokasi kes dan lot-lot perbandingan


2.         Penyediaan pelan-pelan laporan


 


Proses mencari lokasi kes dan lot-lot perbandingan


1.         Tiada panduan lokasi dari kes yang diterima akan mengambil  masa dalam proses carian lot serta sukar menentukan kedudukan lot kes dan perbandiangan


 


2.         Terdapat no. lot yang tidak tercatat di syit piawai disebabkan lot yang kecil


 


3.         Syit piawai yang telah lama dan sering terkoyak akibat penggunaan yang kerap dan berulang. Kadang kala telah menghilangkan paparan lot atau penandaan kes yang telah dibuat oleh pelukis pelan. (rujuk gambarajah).


 




 


4.         Syit piawai yang digantung sering tertinggal dari alat penggantungan akan menyebabkan syit piawai mudah rosak dan menghilangkan paparan lot


 


5.         Syit Piawai dari kerta ammonia lama kelamaan akan kabur dan kurang jelas. (rujuk gambarajah)


 



6.         Lot-lot kes telah bertukar kepada no. lot baru atau pecahan kepada lot-lot baru


 


7.         Penggunaannya sering terganggu disebabkan terhad hanya pada satu individu pada satu-satu masa (rujuk gambarajah)


 




 

 
Penyediaan pelan laporan

PROSES KERJA PENILAIAN SECARA MANUAL


  1. Pencarian lokasi lot-lot kes


            1.1 Merujuk kepada pelan lokasi yang terdapat pada hakmilik


            1.2 Merujuk panduan syit piawai dari fail-fail kes lama


            1.3 Mencari lokasi lot pada syit piawai secara turutan no. lot


            1.4 Mencari Lokasi di dalam satu-satu mukim


            1.5 Menari lokasi berdasarkan keluasan lot


            1.6 Mendapatkan lokasi di Pejabat Tanah


            1.7 Mendapatkan lokasi dari tuan tanah atau pemaju projek hartanah


                  tersebut


            1.8 Merujuk kepada lot-lot yang bersebelahan


 


2.         Mengukur jarak atau mencari keluasan


            2.1 Menggunakan scale pada pembaris


            2.2 Menggunakan mesin pengira membuat penjumlahan jarak atau


                  keluasan


 


3.         Mengesan lot-lot mengikut tahun


            3.1 Menyemak ke semua syit-syit piawai yang telah ditanda oleh


                  pelukis pelan


 


4.         Penyediaan pelan laporan


            4.1       Lot-lot kes dan perbandingan terlebih dahulu dicari       


                        kemudian disalin serta dilukis semula dengan menggunakan


                        teknikal pen ke dalam format pelan laporan


            4.2       Laporan yang telah disiapkan akan disalin dengan menggunakan


                        mesin fotostat


            4.3       Pelan laporan akan ditandakan dengan menggunakan highlight


                        mengikut ASP dan ditulis data-data perbandingan dengan


                        menggunakan pen.