Monday, 14 September 2009

Solat dari sudut pandangan Sains

Logiknya Solat dalam Sudut Pandangan Sains

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang
disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif.
Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan
ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian.
Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat
berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam
badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan
tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.
Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada
di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang
berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita.
Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa
jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya
memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh
didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan
cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang
disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor
didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas.
Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang
dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak
menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan
sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktu
malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang
banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak.
Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud
di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta
memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu a gama yang l engkap dan istimewa.
Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.
Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah
beliau memeluk agama Islam.

Sekian untuk renungan kita bersama

Sunday, 23 August 2009

RAMADHAN


Lafaz niat untuk puasa sebulan...



Tarawih ertinya beristirehat. Ia dikerjakan selepas solat isyak sehingga menjelang fajar. Solat Tarawih ini hanya dilakukan ....



Kurma adalah sejenis tumbuhan (palma) atau lebih dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai ‘phonex dactylifera’ yang berbuah. Buah kurma boleh dimakan sama ada...



Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan...

FADHILAT BULAN MUHARRAM

AMALAN PADA 1 HINGGA 10 MUHARRAM

Kelebihan & Amalan Pada Hari Assyuuraa

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Barang siapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa yakni 10 Muharram, maka Allah akan memberikan kepadanya oahala 10,000 malaikat; dan barang siapa yang berpuasa pada Assyuuraa; maka akan diberikan pahala 10,000 orang Haji dan Umrah, dan 10,000 orang mati Syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hati Assyuuraa; maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa; maka seolah-olah memberi buka puasa semua umat Muhammad S.A.W. dan mengenyangkan perut mereka.

Sahabat bertanya; Ya, Rasulullah, Allah telah melebihi hari Assyuuraa' dari lain-lain hari.

Jawab Rasulullah: Benar!.

  • Allah telah jadikan langit dan bumi pada hari Assyuuraa;

  • dan menjadikan Adam dan Hawa pada hari Assyuuraa;

  • dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Assyuuraa;

  • dan Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Assyuuraa;

  • dan menenggelamkan Fir'aun pada hari Assyuuraa;

  • dan menyembuhkan bala' Nabi Ayyub pada hari Assyuuraa;

  • dan Allah memberi taubat kepada Adam pada hari Assyuuraa;

  • dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyuuraa;

  • dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Assyuuraa;

  • dan akan terjadinya Kiamat pada hari Assyuuraa;


Abul-Laits Meriwayatkan Dengan Sanadnya Dari Ikrimah Berkata

Hari Assyuuraa' ialah hari diterimanya taubatnya Nabi Adam, dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dari perahunya. Maka ia berpuasa syukur; dan ia pula hari tenggelamnya Fir'aun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa a.s dan Bani Israil. Maka mereka berpuasa; kerana itu jika dapat; engkau berpuasalah pada hari Assyuuraa;

Abul-Laits Meriwayatkan Dengan Sanadnya Dari Muhammad Bin Maisarah Berkata;

Bahawa siapa yang melapangkan pada keluarganya pada hari Assyuuraa; makamAllah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun itu

Sufyan berkata : Telah kami cuba, maka rasakan kebenarannya.

Said Bin Jubair Dari Ibn Abbas R.A. Berkata:

Ketika Nabi SAW baru hijrah ke Madinah, mendapatkan kaum Yahudi puasa pada hari Assyuuraa; maka tanya kepada mereka tentang itu, Jawab mereka; "Hari itu Allah memenangkan Nabi Musa a.s dari Bani Israil terhadap Fir'aun dan kaumnya. Maka kami lebih layak mengikuti jejak Musa dari kamu". Maka Nabi SAW menyuruh sahabatnya supaya berpuasa.

Abul-Laits Berkata;

dinamakan Assyuuraa' kerana ia jatuh pada sepuluh bulan Muharram. Ada lain pendapat yang mengatakan hari Assyuuraa; kerana Allah telah memuliakan pada Nabi-nabi dengan sepuluh kehormatan;

  1. Allah telah menerima taubat Nabi Adam a.s

  2. Allah menaikkan darjat Nabi Idris a.s

  3. Hari berlabuhnya perahu Nabi Idris a.s

  4. Nabi Ibrahim a.s dilahirkan pada hari Assyuuraa; dan diangkatkan sebagai kholilullah juga diselamatkan dari api

  5. Allah menerima taubat Nabi Daud a.s

  6. Allah mengangkat Nabi Isa a.s ke langit

  7. Allah menyelamatkan Nabi Musa a.s

  8. Allah menenggelamkan Fir'aun

  9. Allah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan

  10. Allah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman


Semua ini terjadi pada hari Assyuuraa;. Sebahagian lain berpendapat , dinamakan hari Assyuuraa; kerana ia kesepuluh dari kemuliaan-kemuliaan yang diberikan Allah pada umat ini.

  1. Bulan Rejab. Allah menjadikannya sebagai kemuliaan bagi umat ini dan melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan umat-umat ini atas lain-lain umat

Thursday, 15 January 2009

7 garis keramat 7 garis penamat

Sabda Rasulullah SAW:
Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan
akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1.
Bismillahhirrahmannirrahim: pada

tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2...Alhamdulliah: pada tiap-tiap

habis melakukan sesuatu.

3.
Astagfirrullah: jika tersilap

mengatakan sesuatu yang buruk.

4.
Insyaallah: jika ingin melakukan

sesuatu pada masa akan datang.

5.
Lahaulawalaquataillahbillah: bila

tidak dapat melakukan sesuatu yang

agak berat atau melihat sesuatu yang

buruk.

6.
Innalillah: jika menghadapi

musibah atau melihat kematian.

7.
Laailaahaillallah : bacalah

sepanjang siang dan malam sebanyak-

banyaknya.
amalkanlah selalu moga-moga

kita tergolong dikalangan orang yang

terpilih oleh Allah.

Thursday, 6 November 2008

5 syarat untuk buat maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu
layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian,
apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak