Monday, 28 July 2008

METODOLOGI DICADANGKAN

Penggunaan Sistem Maklumat GeografI (GIS)


Secara ringkasnya Sistem Maklumat Geografi Informatian System (GIS) telah dibangunkan dan merupakan sistem maklumat yang berkeupayaan untuk memasukkan, mengurus, mengolah, menganalisis dan sering dikaitkan dengan data berbentuk peta/pelan yang berkaitan dengan geografi atau ruangan secara lengkap.


 


Sistem ini memerlukan perisian, perkakasan, pengkalan data, prosidur dan kemahiran kakitangan yang mengguna dan mengurus maklumat. Rujuk gambarajah dibawah.


 



 


Salah satu kelebihan sistem GIS berbanding dengan sistem berkomputer yang lain adalah keupayaannya dalam menghasilkan paparan maklumat dengan menggabungkan antara pengkalan data berbentuk reruang spatial dengan pengkalan data teks/atribut.


 


Sesungguhnya, pengkalan data sama ada data ruangan atau data bukan ruangan merupakan nadi kepada GIS kerana tanpa data GIS adalah tidak berguna.                      


 


Oleh itu data yang ada pada pangkalan data mesti dikemaskini, bersih dan tepat. Keupayaan ini memberi kelebihan kepada sistem GIS dalam menggambarkan maklumat yang lebih baik, mudah difahami dan terperinci penggunaannya.


 


Sistem Informasi berdasarkan Pemetaan dan Geografi Teknologi GIS beroperasi dalam pengolahan data berdasarkan database yang biasa digunakan pada saat ini, peta dengan GIS jauh lebih fleksibel, bahkan berbanding dengan menggambar peta secara manual.


 


Peta-peta kemudian boleh diciptakan terpusat dipelbagai lokasi dalam pelbagai skala, dan menunjukkan informasi terpilih, yang mencerminkan secara efektif untuk menjelaskan suatu kriteria khusus.

MASALAH KERJA SECARA MANUAL

Masalah teknikal dalam proses kerja secara manual ini merangkumi kepada dua bahagian:


1.         Proses mencari lokasi kes dan lot-lot perbandingan


2.         Penyediaan pelan-pelan laporan


 


Proses mencari lokasi kes dan lot-lot perbandingan


1.         Tiada panduan lokasi dari kes yang diterima akan mengambil  masa dalam proses carian lot serta sukar menentukan kedudukan lot kes dan perbandiangan


 


2.         Terdapat no. lot yang tidak tercatat di syit piawai disebabkan lot yang kecil


 


3.         Syit piawai yang telah lama dan sering terkoyak akibat penggunaan yang kerap dan berulang. Kadang kala telah menghilangkan paparan lot atau penandaan kes yang telah dibuat oleh pelukis pelan. (rujuk gambarajah).


 




 


4.         Syit piawai yang digantung sering tertinggal dari alat penggantungan akan menyebabkan syit piawai mudah rosak dan menghilangkan paparan lot


 


5.         Syit Piawai dari kerta ammonia lama kelamaan akan kabur dan kurang jelas. (rujuk gambarajah)


 



6.         Lot-lot kes telah bertukar kepada no. lot baru atau pecahan kepada lot-lot baru


 


7.         Penggunaannya sering terganggu disebabkan terhad hanya pada satu individu pada satu-satu masa (rujuk gambarajah)


 




 

 
Penyediaan pelan laporan

PROSES KERJA PENILAIAN SECARA MANUAL


  1. Pencarian lokasi lot-lot kes


            1.1 Merujuk kepada pelan lokasi yang terdapat pada hakmilik


            1.2 Merujuk panduan syit piawai dari fail-fail kes lama


            1.3 Mencari lokasi lot pada syit piawai secara turutan no. lot


            1.4 Mencari Lokasi di dalam satu-satu mukim


            1.5 Menari lokasi berdasarkan keluasan lot


            1.6 Mendapatkan lokasi di Pejabat Tanah


            1.7 Mendapatkan lokasi dari tuan tanah atau pemaju projek hartanah


                  tersebut


            1.8 Merujuk kepada lot-lot yang bersebelahan


 


2.         Mengukur jarak atau mencari keluasan


            2.1 Menggunakan scale pada pembaris


            2.2 Menggunakan mesin pengira membuat penjumlahan jarak atau


                  keluasan


 


3.         Mengesan lot-lot mengikut tahun


            3.1 Menyemak ke semua syit-syit piawai yang telah ditanda oleh


                  pelukis pelan


 


4.         Penyediaan pelan laporan


            4.1       Lot-lot kes dan perbandingan terlebih dahulu dicari       


                        kemudian disalin serta dilukis semula dengan menggunakan


                        teknikal pen ke dalam format pelan laporan


            4.2       Laporan yang telah disiapkan akan disalin dengan menggunakan


                        mesin fotostat


            4.3       Pelan laporan akan ditandakan dengan menggunakan highlight


                        mengikut ASP dan ditulis data-data perbandingan dengan


                        menggunakan pen.

SKOP KAJIAN

n      Memberi tumpuan dan gambaran jelas bagi membuktikan bagaimana sesuatu aliran proses kerja-kerja penilaian dapat disiapkan dengan lebih mudah dan pantas dengan penggunaan teknologi komputer dan networking.


 


n      Selari dengan tindakan pihak JUPEM yang tidak akan  mengeluarkan syit piawai dalam bentuk manual pada masa hadapan tetapi akan mengeluarkannya dalam bentuk peta digital (digital map).


 


n      Lebih memfokuskan proses kerja dalam mempercepatkan kes-kes penilaian bagi tanah pertanan.


 


 


Berikut adalah Data-data yang melibatkan pindahmilik tanah pertanian di cawangan Negeri Johor. Skop kajian bermula daripada tahun 2004 hingga tahun 2007


 


 


































TAHUN



2004



2005



2006



2007



Jumlah p/milik keseluruhan



51,930



44,005



40,440



47,917



Jumlah p/milik tanah pertanian



9,984



9,398



10,018



11,656



Peratus



19%



21%



25%



24%



 


Sumber : Statistik pindahmilik yang dirujuk ke JPPH Negeri Johor


 


Berdasarkan data pindahmilik di atas di dapati transaksi harta tanah


Pertanian merangkumi antara 19% hingga 25% dari keseluruhan transaksi. Ianya menunjukkan peningkatan di sekitar tahun 2004 hingga 2007. (Sila rujuk graf dibawah)


 


Gambarajah : Graf menunjukkan pindahmilik tanah pertanian Negeri Johor


 


 


Sehubungan dengan saranan PEMUDAH, kami akan memfokuskan penggunaan ICT bagi membantu mempercepatkan kerja-kerja penilaian bagi tanah pertanian.

OBJEKTIF

1.         Penambahbaikan program Jabatan di dalam pengkomputeran dan aplikasi yang diperlukan.


 


2.         Mempertingkatkan kemahiran komputer khususnya ICT di kalangan Penolong Pegawai Penilaian.


 


3.         Mempercepatkan kerja-kerja penilaian selaras dengan Piagam Pelanggan dan objektif Jabatan untuk meningkatkan penggunaan teknologi maklumat.


 


4.         Memudahkan dan mempercepatkan proses pungutan data-data untuk tujuan LPH.


 


5.         Mengurangkan penggunaan ruang pejabat bagi penyimpanan data seperti Fail kawalan dan syit-syit piawai, semua maklumat boleh disimpan secara soft copy.


 


6.         Kerja peta dan kerja penilaian dibuat dengan cepat