Saturday, 13 September 2008

SUNAT-SUNAT PUASA



Perkara-perkara yang disunatkan bagi orang-orang yang berpuasa adalah:


  • Menyegerakan berbuka puasa manakala telah yakin masuk matahari.


  • Berbuka puasa dengan buah tamar atau benda-benda manis, dan jika tidak didapati dengan air.


  • Membaca do'a yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w.


  • Makan sahur


  • Menta'khirkan (melambatkan) makan sahur, tetapi janganlah sampai masa yang disyak naik fajar.


  • Mandi kerana mengangkat hadath besar sebelum fajar.


  • Membanyakkan bersedekah dan ibadah seperti membaca Al-Quran, sembahyang sunat seperti Tarawih dan Witir.


  • I'tikaf.


PANDUAN UMUM PUASA

SYARAT-SYARAT WAJIB PUASA

SUNAT-SUNAT PUASA

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

PERKARA-PERKARA YANG TIDAK MEMBATALKAN PUASA

PERKARA-PERKARA YANG MAKRUH DILAKUKAN

ADAB-ADAB BERPUASA

PERKARA-PERKARA YANG MENGHARUSKAN BERBUKA

HUKUM-HUKUM MENINGGALKAN PUASA

ORANG-ORANG YANG WAJIB IMSAK DAN TIDAK WAJIB IMSAK

HIKMAH-HIKMAH PUASA

DARJAH-DARJAH PUASA

MELAKUKAN PERSETUBUHAN DAN KUFARAT KERANA BERSETUBUH

SYARAT-SYARAT WAJIB PUASA

Syarat-syarat wajib puasa ada empat perkara:



  • Islam - orang-orang kafir tidak wajib berpuasa.


  • Sampai umur - kanak-kanak yang belum cukup umur tidak wajib berpuasa.


  • Berakal (siuman)-orang yang gila tidak wajib berpuasa.


  • Berkuasa (berdaya) berpuasa - orang yang sakit merbahaya, orang tua yang lemah dan sebagainya tidak wajib berpuasa.


  • Bermukim - orang yang dalam pelayaran (musafir) lebih daripada dua marhalah tidak diwajibkan berpuasa, tetapi wajib mengqada'nya di hari yang lain

KELEBIHAN DAN CARA MENCAPAI KESEMPURNAAN PUASA

Kelebihan Bulan Ramadhan.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah s.w.t. dan RasulNya, ia juga penghulu segala bulan.

Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah s.w.t telah menurunkan kitab suciNya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk pada manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan kitab sucinya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan yang benar dengan yang salah." Surah Al-Baqarah : 185.

Di pilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatulqadar yang mana ia jauh lebih baik daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun.. Menurut ulama Lailatulqadar itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Sayugia diingatkan bahawa jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan dengan perkara-perkara tidak berfaedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.

Kelebihan Puasa di Bulan Ramadhan.

Apabila membincangkan mengenai bulan Ramadhan, dengan sendirinya ia mempunyai hubungan dengan kewajipan puasa yang disyariatkan didalamnya. Suatu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Meninggalkan atau sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa, bukan sahaja suatu dosa besar bahkan ia tidak boleh ditebus dalam apa jua cara. Tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. Ini jelas sebagaimana sambda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

"Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunas (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup."

Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)

Menuju Kesempurnaan Ibadah Puasa

Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan batiniyah puasa itu, antara lain seperti berikut:

  • Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh mengganggu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah s.w.t.


  • Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata ria'.


  • Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah s.w.t. telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud: "Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram."
    (Surah Al-Maidah:42)


  • Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram.


  • Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci Allah s.w.t. daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.

Monday, 8 September 2008

Kelebihan Budu

The Budu..>
Misteri yang baru terungkap. Khazanah yang belum

> dikenali ramai tapi sudah lama diamalkan di Pantai
> Timur. Budu atau sos bilis
> yang berasal dari negeri Trg dan Klate ini mendapat
> perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat
> Jepun, Amerika , Australia , New Zealand dan Jerman.

> Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno". Budu berpotensi untuk melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.
> Kajian mendalam juga mendapati budu turut > mengandungi > zat antibakteria penyebab diare, penurunan kolestrol
> darah,
> pencegah penyakit jantung dan hipertensi . Budu
> memiliki zat gizi
> yang lebih mudah dicerna,diserap dan dimanfaatkan
> oleh tubuh
> berbanding jenis protein yang lain.
> Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang
> diperam
> terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang
> menderita
> penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh.
> mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi
> golongan yang
> menderita penyakit diare kronis ini serta
> menyembuhkannya dalam
> waktu singkat.
>
> Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa
> yang
> memakannya,kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan
> akan
> memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta
> menguatkan neuron2 yang
> lemah.Pemakanan budu turut bertindak membantutkan
> pertumbuhan
> bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama
> gejala
> flatulensi dan kembung perut bagi kanak-kanak dan
> orang dewasa.
>
> 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu
> iaitu,vitamin
> larut air(vitamin B Kompleks) dan vitamin larut
> lemak (vitamin
> A,D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang
> paling banyak
> menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 > thiamin),
> vitamin B2(riboflavin), asid pantotenat, asid
> niasin, vitamin B6
> dan vitamin 12 (sianokobalamin).
> Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama
> vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella
> pneum! oniae dan
> Citrobacter frundiin - yang mana Vitamin B12 ini
> tidak dimiliki
> dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan
> daging-daging lain.
> Ianya perlu untuk pembentukan sel darah merah, di
> mana kekurangan
> vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia
> perisiosa > (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.
>
> Kadar Vitamin B12 dalam budu adalah di antara
> 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap
> satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh
> lebih cukup untuk > keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya
> vitamin > B12 para pengamal diet jaga badan) tidak perlu lagi
> merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam
> badan. Selain
> pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut
> mengandungi mineral makro
> dan mikrodalam jumlah yang cukup.
> Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium
> adalah
> sebanyak 9,39, 2,87 dan 8.05mg bagi setiap 100 gram
> budu. Budu
> juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk
> isoflavon. Seperti halnya
> vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga
> merupakan
>
>antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk
>menghentikan reaksi
> pembentukan radikal bebas.
> Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang
> mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak
> berpasangan, sehingga menjadi
> sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor,
> kanser, penuaan
> dan kematian sel.
> Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian
> yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di
> dalam tubuh. Adanya
>
>antioksidan didalam budu akan mencegah pembentukan
> radikal bebas
>
>tersebut.
> Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3
> jenis isoflavon! (unsur antioksidan) iaitu
> daidzein,glisitein dan genistien.
> Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat
> juga
> antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi soflavon)
> yang mempunyai sifat > antioksidan paling kuat
> dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain. Penelitian yang dilakukan di University North
Carolina , Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan kanser payudara . Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak.Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein,serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi,budu turut dikenali sebagai sumber serat(dietary fiber) yang baik.

Kandungan serat didalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Reserach. Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada tempe (Farmasi Anis: tempe atau budu?) lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu umpama seteguk air multivitamin yang menyumbang kepada pelbagai keperluan untuk tubuh badan. so minumlah budu mcm minum air mineral ( kalau boleh ) ........he he he hr Wallahu a'lam...