MAP INFO Profesional adalah antara perisian GIS terkini yang berkembang pesat khususnya dalam sektor pengurusan dan perancangan gunatanah. Perkembangan teknologi ini banyak dipengaruhi oleh permintaan daripada pelbagai sektor bagi mempercepatkan urusan masing-masing khususnya kepada yang banyak menggunakan data-data ruangan dalam proses pembuatannya.
Dengan mewujudkan sistem GIS ini ianya jelas menunjukkan bahawa ICT dapat membantu mempercepatkan kerja-kerja penilaian di JPPH.
Sistem ini di harap dapat memenuhi hasrat pihak pengurusan
dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan Jabatan selaras dengan Visi jabatan iaitu menjadi sebuah organisasi penilaian dan Perundingan harta yang terbaik di dunia menjelang tahun 2015.
Secara tidak langsung sistem ini telah mebawa Inovasi baru serta
meningkat mutu kerja JPPH Batu Pahat yang berteraskan teknologi keberkesanan sistem ini boleh dipertingkatkan lagi melalui kursus-kursus khas GIS serta lawatan ke Jabatan-Jabatan lain yang telah berjaya dalam membangunkan sistem ini.