Monday, 28 July 2008

RUMUSAN

 


MAP INFO Profesional adalah antara perisian GIS terkini yang berkembang pesat khususnya dalam sektor pengurusan dan perancangan gunatanah. Perkembangan teknologi ini banyak dipengaruhi oleh permintaan daripada pelbagai sektor bagi mempercepatkan urusan masing-masing khususnya kepada yang banyak menggunakan data-data ruangan dalam proses pembuatannya.


 


Dengan mewujudkan sistem GIS ini ianya jelas menunjukkan bahawa ICT dapat membantu mempercepatkan kerja-kerja penilaian di JPPH.


 


Sistem ini di harap dapat  memenuhi hasrat pihak pengurusan


dalam  meningkatkan kualiti perkhidmatan Jabatan selaras dengan Visi jabatan iaitu menjadi sebuah organisasi penilaian dan Perundingan harta yang terbaik di dunia menjelang tahun 2015.


 


Secara tidak langsung sistem ini telah mebawa Inovasi baru serta


meningkat mutu kerja JPPH Batu Pahat yang berteraskan teknologi keberkesanan sistem ini boleh dipertingkatkan lagi melalui kursus-kursus khas GIS serta lawatan ke Jabatan-Jabatan lain yang telah berjaya dalam membangunkan sistem ini.