KELEBIHAN PENGGUNAAN GIS
- Program yang mudah dan ringkas hanya memerlukan sedikit masa untuk dibangunkan kerana semua aplikasi yang sedia ada di program Microsoft office di manafaatkan di samping penggunaan software tambahan terutama program Map Info
- Sistem penandaan dan pencarian yang cepat, kemas dan sistematik, pengolahannya yang lebih mudah dan menjimatkan masa dan tidak terhad penggunaan pada satu-satu masa atau individu.
- Dapat mempercepatkan proses penyediaan pelan-pelan laporan dari jangkamasa 5 minit hingga 6 jam bagi satu-satu laporan pada kadar biasa, berbanding proses sebelumnya akan mengambil masa 1 hingga 2 hari.
- Pelan-pelan laporan ini dapat memaparkan gambaran yang lebih jelas, kemas dan berskala serta boleh ditukar ke imej digital (JPEG Fail) dan boleh dihantar melalui e-mail sekiranya diperlukan.
- Sistem ini boleh mencapai terus bagi mendapatkan maklumat yang telah dimasuukan kedalam Info Tool dengan hanya klik Info Tool dimana lot-lot pilihan
6. Paparan yang dikehendaki bagi menydiakan lot-lot perbandingan atau lot-lot kes boleh dibuat mengikut skala yang dikehendaki terutama bagi mendapatkan ukur jarak pada satu-satu tempat serta dapat dicetak sekiranya perlu dalam proses membantu membuat lawatan kerja luar atau disimpan ke dalam fail kes.
- Sistem yang serupa dalam kaedah carian lot untuk menyediakan kes-kes yang melibatkan pelan laporan bagi mencari lot kes dan perbandingan
- Bagi kerja-kerja teknikal seperti mendapatkan ukur keliling lot, mendapatkan keluasan dan sebaginya
- Maklumat lot terutama lot lama atau yang baru atau yang sudah bertukar no. lot dan sebagainya dapat dilihat dari list data lot info tool sekiranya telah dimasukkan makluman tersebut.
- Paparan Layer boleh dipaparkan mengikut kes-kes pada tahun yang dikehendaki
11. Kemudahan untuk mengemaskini lot-lot terbaru yang diterima dari JUPEM.