n Memberi tumpuan dan gambaran jelas bagi membuktikan bagaimana sesuatu aliran proses kerja-kerja penilaian dapat disiapkan dengan lebih mudah dan pantas dengan penggunaan teknologi komputer dan networking.
n Selari dengan tindakan pihak JUPEM yang tidak akan mengeluarkan syit piawai dalam bentuk manual pada masa hadapan tetapi akan mengeluarkannya dalam bentuk peta digital (digital map).
n Lebih memfokuskan proses kerja dalam mempercepatkan kes-kes penilaian bagi tanah pertanan.
Berikut adalah Data-data yang melibatkan pindahmilik tanah pertanian di cawangan Negeri Johor. Skop kajian bermula daripada tahun 2004 hingga tahun 2007
TAHUN | 2004 | 2005 | 2006 | 2007 |
Jumlah p/milik keseluruhan | 51,930 | 44,005 | 40,440 | 47,917 |
Jumlah p/milik tanah pertanian | 9,984 | 9,398 | 10,018 | 11,656 |
Peratus | 19% | 21% | 25% | 24% |
Sumber : Statistik pindahmilik yang dirujuk ke JPPH Negeri Johor
Berdasarkan data pindahmilik di atas di dapati transaksi harta tanah
Pertanian merangkumi antara 19% hingga 25% dari keseluruhan transaksi. Ianya menunjukkan peningkatan di sekitar tahun 2004 hingga 2007. (Sila rujuk graf dibawah)
Gambarajah : Graf menunjukkan pindahmilik tanah pertanian Negeri Johor
Sehubungan dengan saranan PEMUDAH, kami akan memfokuskan penggunaan ICT bagi membantu mempercepatkan kerja-kerja penilaian bagi tanah pertanian.