Monday, 28 July 2008

METODOLOGI DICADANGKAN

Penggunaan Sistem Maklumat GeografI (GIS)


Secara ringkasnya Sistem Maklumat Geografi Informatian System (GIS) telah dibangunkan dan merupakan sistem maklumat yang berkeupayaan untuk memasukkan, mengurus, mengolah, menganalisis dan sering dikaitkan dengan data berbentuk peta/pelan yang berkaitan dengan geografi atau ruangan secara lengkap.


 


Sistem ini memerlukan perisian, perkakasan, pengkalan data, prosidur dan kemahiran kakitangan yang mengguna dan mengurus maklumat. Rujuk gambarajah dibawah.


 



 


Salah satu kelebihan sistem GIS berbanding dengan sistem berkomputer yang lain adalah keupayaannya dalam menghasilkan paparan maklumat dengan menggabungkan antara pengkalan data berbentuk reruang spatial dengan pengkalan data teks/atribut.


 


Sesungguhnya, pengkalan data sama ada data ruangan atau data bukan ruangan merupakan nadi kepada GIS kerana tanpa data GIS adalah tidak berguna.                      


 


Oleh itu data yang ada pada pangkalan data mesti dikemaskini, bersih dan tepat. Keupayaan ini memberi kelebihan kepada sistem GIS dalam menggambarkan maklumat yang lebih baik, mudah difahami dan terperinci penggunaannya.


 


Sistem Informasi berdasarkan Pemetaan dan Geografi Teknologi GIS beroperasi dalam pengolahan data berdasarkan database yang biasa digunakan pada saat ini, peta dengan GIS jauh lebih fleksibel, bahkan berbanding dengan menggambar peta secara manual.


 


Peta-peta kemudian boleh diciptakan terpusat dipelbagai lokasi dalam pelbagai skala, dan menunjukkan informasi terpilih, yang mencerminkan secara efektif untuk menjelaskan suatu kriteria khusus.