Monday, 28 July 2008

RUMUSAN

 


MAP INFO Profesional adalah antara perisian GIS terkini yang berkembang pesat khususnya dalam sektor pengurusan dan perancangan gunatanah. Perkembangan teknologi ini banyak dipengaruhi oleh permintaan daripada pelbagai sektor bagi mempercepatkan urusan masing-masing khususnya kepada yang banyak menggunakan data-data ruangan dalam proses pembuatannya.


 


Dengan mewujudkan sistem GIS ini ianya jelas menunjukkan bahawa ICT dapat membantu mempercepatkan kerja-kerja penilaian di JPPH.


 


Sistem ini di harap dapat  memenuhi hasrat pihak pengurusan


dalam  meningkatkan kualiti perkhidmatan Jabatan selaras dengan Visi jabatan iaitu menjadi sebuah organisasi penilaian dan Perundingan harta yang terbaik di dunia menjelang tahun 2015.


 


Secara tidak langsung sistem ini telah mebawa Inovasi baru serta


meningkat mutu kerja JPPH Batu Pahat yang berteraskan teknologi keberkesanan sistem ini boleh dipertingkatkan lagi melalui kursus-kursus khas GIS serta lawatan ke Jabatan-Jabatan lain yang telah berjaya dalam membangunkan sistem ini.

KELEBIHAN PENGGUNAAN GIS

KELEBIHAN PENGGUNAAN GIS


 




  1. Program yang mudah dan ringkas hanya memerlukan sedikit masa untuk dibangunkan kerana semua aplikasi yang sedia ada di program Microsoft office di manafaatkan di samping penggunaan software tambahan terutama program Map Info


 




  1. Sistem penandaan dan pencarian yang cepat, kemas dan sistematik, pengolahannya yang lebih mudah dan menjimatkan masa dan tidak terhad penggunaan pada satu-satu masa atau individu.


 




  1. Dapat mempercepatkan proses penyediaan pelan-pelan laporan dari jangkamasa 5 minit hingga 6 jam bagi satu-satu laporan pada kadar biasa, berbanding proses sebelumnya akan mengambil masa 1 hingga 2 hari.


 


 




  1. Pelan-pelan laporan ini dapat memaparkan gambaran yang lebih jelas, kemas dan berskala serta boleh ditukar ke imej digital (JPEG Fail) dan boleh dihantar melalui e-mail sekiranya diperlukan.


 




  1. Sistem ini boleh mencapai terus bagi mendapatkan maklumat yang telah dimasuukan kedalam Info Tool dengan hanya klik Info Tool dimana lot-lot pilihan


 


6.   Paparan yang dikehendaki bagi menydiakan lot-lot perbandingan atau lot-lot kes boleh dibuat mengikut skala yang dikehendaki terutama bagi mendapatkan ukur jarak pada satu-satu tempat serta dapat dicetak sekiranya perlu dalam proses membantu membuat lawatan kerja luar atau disimpan ke dalam fail kes.


 


 


 




  1. Sistem yang serupa dalam kaedah carian lot untuk menyediakan kes-kes yang melibatkan pelan laporan bagi mencari lot kes dan perbandingan


 




  1. Bagi kerja-kerja teknikal seperti mendapatkan ukur keliling lot, mendapatkan keluasan dan sebaginya


 




  1. Maklumat lot terutama lot lama atau yang baru atau yang sudah bertukar no. lot dan sebagainya dapat dilihat dari list data lot info tool sekiranya telah dimasukkan makluman tersebut.


 




  1. Paparan Layer boleh dipaparkan mengikut kes-kes pada tahun yang dikehendaki


 


11. Kemudahan untuk mengemaskini lot-lot terbaru yang diterima dari JUPEM.


 

PROSES CARIAN DI MUKIM LOT


n      Klik> SQL Select >Table>pilih mukim di columns>Select =


      di Opreators > “ masukan No. Lot “ >Enter Minimize Broswer >













 







 







 

 

Dalam Thematic Map


 



 



 


 


Lot-lot Perbandingan dan Tarikh Penandaan Kes


 



 





Melihat Paparan Yang Lebih Besar




 




Secara Otomatik Paparan No Lot dan Penandaan  kes
Jelas Kelihatan apabila  paparan di Zoom in kepada skala
 yang lebih besar

 



 


 





Menggunakan Hotlink bagi paparan


Gunakan Hotlink Tool bagi memaparkan imej


 


 



 


 





 


 


Lokasi dari Imej Satelit


 



 


 



 

 

CARIAN LOT ATAU PA SECARA ON LINE DI JUPEM



 

n      Klik Jupem Johor > Pilih Negeri>Pilih Daerah>Mukim>


n      Masukkan No. Lot atau PA No.>Klik


n      Paparan Imej Kadastra akan dipaparkan


n      boleh di Copy (klik Kanan Mause)


 





 

 

 



 

 

Proses Carian Lot JUPEM Dapat Membantu Mendapatkan Pelan-pelan  Lot-lot Kadastra Dari Semua Daerah Dan Mukim  Di Negeri Johor

 


Dengan memasukkan nombor lot dan mukim atau


nombor P.A. imej  Pelan Kadastra akan dipaparkan

BILIK PELAN (Home Page)

Dari Laman Utama yang terbina ini juga disebut sebagi Bilik Pelan sebagai kemudahan capaian (akses) maklumat dalam proses kerja di bahagian pelan serta membantu pegawai teknikal yang lain dalam sistem yang sama serta dapat dihubungkan secara network

 



 

 

 

 


Teknik menggunakan Homepage Bilek Pelan


 


Homepae Bilik Pelan


 



 



 

 


 



 

 

 



 

n      Step pertama buka hompage Bilik Pelan


n      Paparan merupakan butang penghubung kepada maklumat yang dapat diakses terus dengan hanya klik di bahagian yang akan dipilih



 

 

 



n      Paparan pilihan yang telah dibuka boleh dibuka kepada paparan lain  atau kepada layer-layer lain dengan menekan terlebih dahulu butang Taskbar di keyboard kemudian klik semula ke Hompage Bilik Pelan

n      Paparan Homepage mudah ditutup dan dibuka semula  atau untuk menggunakan satu homepage dengan hanya buat double klik pada paparan homepage



 

Layer-layer




 

n      Layer Penandaan Kes-kes Nilaian


n      Tahun - Layer Lot-lot kadastra yang dikemaskini mengikut tahun


n      Tanda – layer-layer penandaan kes mengikut tahun


n      Klik info tool pada penandaan kes


 


 


            data boleh di masukkan terus pada


            table structure yang telah dibina




 

 


 


 


 


 


 


 


n      Lain-lain layer disediakan Seperti tempat,mukim, layer grid syit,Layer jalan dan parit, tempat dsb.


n      Layer Lot Lama bermaksud layer lot-lot sementara atau lot-lot asal sebelum bertukar kepada perubahan no. lot-lot  baru


n      Layer Tracing bermaksud lokasi dan area kawasan perumahan atau belah bahagi lot


n      Layer PT akan memaparkan kawasan  pengambilan tanah yang terlibat disertakan bersama


        info tool bagi rujukan fail PT, tarikh kes, keluasan terlibat.dan  nama projek.


 


Layer-layer utama digabungkan dalam satu workspace




n      Semua Layer-layer yang telah di gabungkan dalam satu workspace meliputi satu daerah. Paparan layer boleh diakses dengan membuka dan buat editing di layer control













 

 


n      Johor merupakan semua layer-layer utama Seluruh daerah di negeri Johor telah digabungkan dalam satu workspace untuk seluruh negeri


 



n      Mukim Lot merupakan layer-layer lot-lot kadastra mengikut mukim telah digabungkan dalam satu workspace


 


 


 


 

LANGKAH AWAL PENGUMPULAN DATA


n      Usaha membangunkan program ini adalah sebagai langkah awal dalam pengumpulan data-data berkomputer dalam sistem GIS secara konsistan.


 


n      Pada umumnya untuk membangunkan program yang lebih menyeluruh dalam proses kerja ini, ia memerlukan khidmat pakar pengisian program komputer akan melibat kos yang amat tinggi serta proses pengumpulan dan pengisian semula data-data yang akan mengambil masa.


 


 


Langkah-langkah  untuk membangunkan Sistem GIS


 


1.         Membina folder utama dan rangkaian-rangkaian folder mengikut spefikasi yang diperlukan.


 


2.         Menyediakan Layer-layer Pelan-pelan kadastra mengikut tahun


           


3.         Melatih dalam sistem pencarian lot yang tersedia oleh JUPEM mengikut kod-kod JUPEM.


 


4.         Berpengetahuan dalam menggunakan aplikasi asas Map Info seperti membuka layer.


 


5.         Menukarkan data GIS kepada Workspace bagi memelihara data dari segi keselamatan data yang tersimpan.


 


6.         Membuat back up data ke Hard Disk Kedua atau ketiga bagi menjamin keselamatan data.


 


7.         Pelukis pelan juga boleh membuat penandaan kes dan memasukkan lot-lot baru yang belum disediakan oleh JUPEM dalam layer lot-lot baru.


 


8.         Layer-layer yang diperlukan boleh dibuka dalam paparan satu window.


 


9.         Laman Utama (Home page) dari bilik pelan yang dibina secara rangkaian (Sistem networking) dan dapat dihubungkan kebahagian lain pegawai-pegawai teknikal.


 


           


10.       Membina password untuk membuka senarai pelan laporan serta menyembunyikan folder pelan-pelan laporan (secara dihilangkan / hidden) bagi menjamin keselamatan laporan-laporan sulit nilaian.


 


 


11.       Menyediakan template mengikut ASP (Amalan Standart Penilaian) beserta page set up saiz pelan laporan bagi kemudahan cetakan (print).


 


 


12.       Mendapatkan data-data GIS (data digital kadastra) kemaskini setiap penghujung tahun dari pihak JUPEM


 




 




 


 

HUBUNGAN GIS DENGAN PENGKALAN DATA

Pengkalan data merupakan komponen penting dalam GIS. GIS merangkumi dua model data iaitu atribut dan model data ruangan. Tanpa pengkalan data, sesuatu GIS adalah tidak bermakna. GIS mampu menjawab dua soalan tentang

“apa dan dimana”.merujuk kepada data atribut tentang sesuatu objek ruangan geografi yang disimpan dalam pengkalan data.          

“Di mana” merujuk kepada lokasi dalam peta suatu data atribut yang dirujuk. 

 

Rujuk Gambarajah.

 

 

 

 

 



 

 

 


Jadual Atribut





 

Gambarajah di atas memaparkan senarai data/maklumat dalam bentuk jadual ‘atribut’ yang telah diwujudkan/dimasukkan ke dalam Map Info yang dapat menerangkan “apa” iaitu maklumat yang diperlukan seperti data lot, luas, tarikh nilaian, balasan, analisa, bahagian dan lain-lain data juga dapat ditambah dengan mewujudkan lapangan

 


Model Hasil Data Ruangan


 








Gambarajah diatas menunjukkan ‘model data ruangan’ yang telah tercipta hasil daripada pengwujudan ‘data atribute’ pada gambarajah di atas. Ia dapat menerangkan ‘di mana’ iaitu data-data atribute itu digambarkan dalam bentuk peta atau lebih tepat lagi adalah lokasi