Pengkalan data merupakan komponen penting dalam GIS. GIS merangkumi dua model data iaitu atribut dan model data ruangan. Tanpa pengkalan data, sesuatu GIS adalah tidak bermakna. GIS mampu menjawab dua soalan tentang “apa dan dimana”.merujuk kepada data atribut tentang sesuatu objek ruangan geografi yang disimpan dalam pengkalan data.
“Di mana” merujuk kepada lokasi dalam peta suatu data atribut yang dirujuk.
Jadual Atribut
Gambarajah di atas memaparkan senarai data/maklumat dalam bentuk jadual ‘atribut’ yang telah diwujudkan/dimasukkan ke dalam Map Info yang dapat menerangkan “apa” iaitu maklumat yang diperlukan seperti data lot, luas, tarikh nilaian, balasan, analisa, bahagian dan lain-lain data juga dapat ditambah dengan mewujudkan lapangan
Model Hasil Data Ruangan
Gambarajah diatas menunjukkan ‘model data ruangan’ yang telah tercipta hasil daripada pengwujudan ‘data atribute’ pada gambarajah di atas. Ia dapat menerangkan ‘di mana’ iaitu data-data atribute itu digambarkan dalam bentuk peta atau lebih tepat lagi adalah lokasi